Asam pedas ayam power Melaka by SDTKC

by - December 25, 2017

Kali ni i nak share resepi asam pedas ayam power Melaka by SDTKC. Sebenarnya i tak penah buat asam pedas.sebab tak tahu apa bahan yang perlu dimasukkan, ngat leceh buat asam pedas Melaka ni. Rupanya.. Celah gigi je bahan. Seperti yang korang tahu asam pedas ada 2 cara pernyediaan. Satu style utara yg ada daun kesum, bunga kantan, dan lagi satu ada serai dan belacan. So asas tetap sama menggunakan cili,bawang,garam dan asam jawa atau asam keping.
Yang i nak share asam pedas melaka, sepertinya selatan style lah nampaknya.
Bahan-bahan
Bahan (A)
Ayam/daging tetel stgh kilo
Bahan (B)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan (dibakar)
5 sb cili boh/serbuk cili
Bahan (C)
1 kpg asam kping. (Rendam dlm air bagi kembang)
2 batang serai
Garam,gula secukup rasa.
Cara-cara
Bahan (B) dikisar lumat dan ditumis hingga garing dan naik bau. Pastikan betol2 kering dan garing yer.
Seterusnya masukkan bahan (A) dan dibiarkan hingga tumisan meresap kedalamnya sepenuhnya. Tambakan sedikit air kerana ayam/daging memerlukan lebih masa masak uutuk empuk.
Last skali masuk bahan (C).. Tadaaa siap dihidang

You May Also Like

27 Comments

Powered by Blogger.