10 December 2016

# beuty product review # makeup product review

Review: BC Cream Foundation By DYDX COSMETIC


Seperti biasa setelah sekian lama, harus lah sekali sekala datang polish blog yang dah bersawang ni. Lama sangat berehat dari menulis kan. Nak buat macam mana disebabkan masa yang terlalu terhad, dengan jadual kerja makan gaji aku, alhamdulillah rezeki bertambah sekarang dengan pay review dari merchant yang sudi collabrate dengan hasil kerja aku. Alhamdulillah syukur. Rezeki Aziel lah ni. Syukur mommy ada kamu yang sentiasa menjadi pembuka rezeki orang tua. 



Kali ni aku akan kongsikan satu lagi produk kecantikkan yang datang dari korea. Seperti semua sedia maklum yang Korea adalah pusat kecantikkan dunia dan terbesar yang mampu mempengaruhi semua yang ingin menjadi cantik dengan menggunakan teknologi yang dihasilkan mereka.


Ok ini Face mist green tea spray. Sangat bagus di spray pada wajah sebelum mengenakan BC Cream. Dapat mengekalkan kelembapan kulit dan selepas solekan. Mudah menyerap dalam kulit dan wajah menjadi segar dan sihat.

Untuk kali ini juga, aku akan kongsikan segala rahsia yang terkandung dalam BC Cream Foundation dari DYDXHOUZ. Siapa yang taknak cantik dan menjadi cantik kan? Aku juga salah seorang yang terlalu obses untuk sentiasa kelihatan cantik. Bagi aku bila kita dalam keadaan cantik dan sedap mata dipandang ia adalah satu kepuasa bagi aku. Ia akan menjadikan seseorang yakin diri serta dapat memotivasikan diri supaya sentiasa menjaga kebajikan diri. Lagi -lagi sebagai seorang wanita yang banyak masa perlu diuruskan sebaik mungkin. Supaya tidak mengabaikan kecantikkan dalaman mahupun luaran.



Ok meh kita terus kepada yang ingin dikongsikan.

Intro: BC Cream Foundation adalah adalah revolusi baru solekan dari KOREA yang mengabungkan BB Cream dan Concealer, krim yang diformulasikan dengan Mineral dan Ekstrak Arbutin yang dapat memberikan kesan warna tona yang sekata sekaligus membantu merawat kulit muka.

Kelebihan

  • Magic foundation mampu menutup segala cela, jeragat dan parut diwajah.
  • Terdapat SPF50++ yang mampu melindungi kulit wajah dari sinaran UV.
  • Kesan 3D tidak perlu filters, meratakan kulit muka dan menjadikan kulit nampak natural dan sihat.
  • Anti Minyak dimana tekstur yang dihasilkan berbentuk krim yang unik yang mana ia tidak melekit serta menjadikan kulit muka berminyak.
  • Tahan lama semestikan kunci untuk menjadikan sesuatu solekan cantik, bila ia mampu bertahan selama mungkin bagi mengekalkan ketahan sesuatu kesan solekan. BC Cream mampu bertahan hingga 8 jam lamanya.
  • Tekstur krimnya yang ringan dan memerlukan tampalan yang tipis sahaja pada kulit wajah.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit dan juga KULIT SENSITIF.
Tona Warna
  • Beige - Untuk kulit Cerah
  • Natural - Untuk kulit sederhana cerah.
Harga 

RM80 SM
RM90 SS

Berminat ?!

Klik sini DYDX FOUNDATION IG untuk tahu lebih lanjut atau DM terus kepada mereka.

No comments:

Post a Comment

Pinkygroupsaid

Popular

Total Pageviews