18 April 2017

# Aktiviti comel OPIS COMEL # Foodhunting

CHINAHOUSE, George Town Penang, tempat wajib kunjung.



Sambutan ulangtahun kelahiran dua officemate aku telah berlansung di Penang China House. Memandangkan kami semua terlibat dengan conference di Penang selama 4 hari disana, bagi menceriakan dan mengingati hari penting mereka. Vice President aku En Azman telah mengadakan satu rancangan dimana, aku telah ditugaskan untuk membelikan hadiah untuk mereka berdua. Jujur aku bukan pandai dalam bab nak pilih dan cari hadiah ni. hentam jela mana yang rasa sesuai kat mata aku bila tengok orang tu pakai. Dah En Azman cakap, cari je hadiah ape-apa, dia tak nak tahu apa, janji bersesuaian dan kena dalam budget. 


hadiah untuk dua mempelai..Sorry gang aku memang tak reti pilih apa yang korang suka. Tapi ini adalah pilihan ikhlas dari hati (cia..cia..cia) ayat pick up line tahap bersemut ni. (Thanks to en Azman yer sebab contribute on this) lepas ni sila pergi jumpa dia and say thanks personally. Aku tukang beli je.







Yang bakal disambut adalah Onie dan En Fadzil (kena lah pggil Encik sebab die SM) huhu juga die sedikit berumur nanti orang ingat aku takda hormat kat dia.








Diaorang tak tahu pun yang kami dah rancang nak minum coffee kat China House, yang diaorang tahu kitaorang sepanjang kat Penang makan je kerjanya. Mana tidaknya sampai je Penang masing-masing order makan macam setahun tak makan, dan ia dikira perkara biasa jika korang berada dalam team investment, sebab kebanyakan dari kami adalah kaki makan yang tegar.




China House adalah salah satu lokasi yang menarik dan menjadi tempat tarikan pengunjung mahupun penduduk tempatan atau pelancong. Disebabkan binaan interior dalaman yang unik dan digabungkan dengan three heritage buildings dijadikan satu. Anda akan merasakan ia sebuah bangunan yang besar luar dan panjang. Rekaan dalaman juga telah di gubah suai dengan capuran gaya modern dan vintage. Yang mana ia akan kelihatan klasik dalam masa yang sama menarik mata untuk mejelajah keseluruh restoran. Bukan sahaja terkenal dengan "The Longest cafe in Penang" malah China House juga dikatakan terkenal dengan menghidangkan 30 jenis kek yang berbeza dengan pelbagai variasi setiap hari. Tentu sahaja korang akan rasa teruja apabila melihat jumlah dan saiz kek yang mereka hidangkan.













ChinaHouse  mempunyai ruang sejumlah 14 ruang yang mana ia termasuklah bahagian dapur, cafe, restoran, kedai cenderamata, galeri, ruang bacaan (mini perpustakaan), live intertainment area, dan juga an open - air courtyard. Ia juga menjadi tempat bagi pelanggan bersantai sambil menikmati juadah menu yang disediakan sambil melayan live music performances, stand up comedies, and open mic sessions for the talented public. Menarik bukan. 


Jom kita teroka apa yang menarik kat sini. Macam biasa Onie adalah gang kakigambar sama dengan aku. So kalau tempat atau sesuatu benda nampak menarik kitaorang dua adalah yang pertama akan selfie dengan sesuatu itu. Hihihi.. habit sudah.
















Semestinya yang belum sampai di China House Restoran nak tahu dimanakah lokasinya dan ada di sertakan maklumat tentang urusan perniagaan dibawah untuk rujukan yer.


153 & 155 Beach Street
183B Victoria Street
10300 George Town, Penang
Tel: +604 - 263 7299
Info@chinahouse.com.my

Opening hours
Sunday - Thursday
9am to midnight

Friday - Saturday
9am to 1am

No comments:

Post a Comment

Pinkygroupsaid

Popular

Total Pageviews