13 April 2017

Review : Buang bulu semudah 1,2,3 dengan Veet Sensitive Touch


Mencantikkan diri kadangkala menjadi sesuatu yang agak rumit terutamanya apabila ingin menanggalkan bulu-bulu halus pada kulit di bahagian sensitif seperti kening, kawasan bikini dan bawah lengan yang turut memerlukan perapian yang rapi dan masa yang lapang. Alat-alat sedia ada seperti pisau cukur dan penyepit tidak boleh melakukan semua diatas Memahami keperluan wanita kini, jenama depilatori No. 1 dunia, Veet melancarkan alat elektronik baharu yang memudahkan proses penjagaan dan perapian bulu pada badan. Pasti para wanita yang menjalani hidup yang aktif akan menarik nafas lega apabila mendapati Veet telah melancarkan produk yang menjimatkan masa dan juga kos (RM) untuk kelihatan kemas dan licin.



Teknologi ini yang dikenali sebagai Veet Sensitive Touch kit merupakan peranti terkini dengan pelbagai unit kepala boleh diguna dan diganti bagi memudahkan perapian bulu di bahagian tubuh yang sensitif seperti kening, bawah lengan dan kawasan bikini. Aksesori khusus lain pada peranti direka bentuk bagi membolehkan peranti digunakan dengan lancar dan mudah tanpa risiko terluka pada kulit.



Bayangkan dalam keadaan yang terikat dengan pelbagai aktiviti seharian, kadang kala sebagai seorang yang berkejaya dan juga terikat dengan tugasan sebagai media influncer, aku kadang kala tidak mempunyai peluang untuk memanjakan diri, apa tah lagi untuk melakukan kemasan pada rerambut yang terdapat pada badan. Terutama sekali bahagian kening. Tpi ia menjadi satu perkara yang mudah dengan adanya Veet Sensitive Touch. Tak perlulah untuk ke salon untuk melakukan trimmer untuk kening. Sebab untuk semua itu masa dan kos perlu dikeluarkan untuk setiap bulan.



Ia tidak menyakitkan, tidak mencederakan lapisan kulit seperti kabanyakkan kaedah pembuangan bulu, malah ia menjadikan korang seorang yang pakar dalam kaedah trim bulu kening. Saiz yang compact dan mudah dibawa untuk travel, menjadikan ia alat wajib ada dalam luggage atau handbag tangan seorang wanita.





Kepala boleh laras mengikut dan ditukar mengikut bahagian yang ingin dibuang bulu. eet Sensitive Touch hanya beropersi menggunakn satu bateri saiz AA (double A) dan cara membersihkannya adalah dengan menggunakan berus mini yang dibekalkan bersama dalam paket pembelian kemudian boleh mencabut kepala pencukur untuk membilasnya dengan air paip. Lihat lebih lanjut untuk cara penggunaan dan kendalian pada video di bawah




Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.veet.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Veet Malaysia di [www.facebook.com/VeetMalaysia]. Harga yang ditawarkan adalah RM119/unit.


0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!