Review : happy skin 24/7 dari Neutrogena : Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub

by - April 09, 2017


Hi! lamanya tak update, maklum lah terlalu sibuk dengan tugasan yang tak habis-habis. Tapi alhamdulillah rezeki Azriel, sekali lagi dapat invitation dari team Neutrogena untuk Neutrogena Deep Clean Bloggers Review Programme. Siapa tak seronok bila dapat packaging kuning yang awesome dan cantik ni, rupanya produk dari Neutrogena. 

Aku adalah seorang yang sentiasa kekal bersolek. memandangkan tugasan harian yang memerlukan diri berhadapan dengan masyarakat juga client dari syarikat aku bekerja. Tidak hairan jika dari kesan solekan seharian, tido yang tidak menentu, aktiviti lasak serta padat dengan jadual harian, menjadikan kulit wajah aku tidak sihat dan suram. Peluang keemasan ini aku gunakan sebaik mungkin dan lihat hasilnya kemudian. Baca lebih lanjut dibawah;


Tadaaa... kandungan dalam kotak kuning tadi, 3 items iaitu (1) Dull Skin Brightening cleansing foam (2) Foaming cleanser (3)Black head eliminating daily scrub, dan memang kena dengan masa dan keadaan kulit wajah aku kini, yang mana lately banyak sangat sebum muka keluar, muka jadi uneven juga lebihan minyak muka yang akhirnya menimbulkan jerawat dibawah lapisan kulit. Jadi aku akan cuba ketiga-tiga produk ini dan pilihan aku adalah;

Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub 100g (RSP: RM23.70)




Antara 3 item yang aku telah cuba, paling suka dan selesa dengan (3) Deep Clean blackhead eliminating daily scrub. 



Sebab apa?? secara jujurnya aku boleh katakan ;

  1. Tekstur yang sedikit berair dan terdapat bijian pasir berwarna oren yang bertindak sebagai scrub yang mana dengan sapuan dan urutan yang betul, molekul scrub mampu menembusi liang kulit dan membersihkan secara sekata sebum yang berlebihan pada wajah.
  2. Bau yang segar dan wangi.
  3. Menghapuskan bintik hitam secara berkesan dengan sekali penggunaan. Penggunaan berterusan dan teratur akan mengelakkan bintik bintik hitam muncul kembali. Kulit akan menjadi sihat dan bersih. Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya dapat mengawal minyak pada kulit wajah.
  4. Salicylic Acid, menembusi secara mendalam untuk menghapuskan bintik-bintik hitam dengan membuang kotoran degil dan minyak yang terperangkap jauh di liang kulit wajah dan bawah kulit.
  5. Microbeads melegakan kulit dari kesan pengelupasan tanpa overdrying membantu menghentikan bintik-bintik hitam sebelum mereka mula kembali.
  6. Dermatologist tested, oil free, non-comedogenic
  7. Keberkesanan menanggalkan solekan yang tebal dan menghasilkan lapisan kulit baru.
  8. Paling best, selepas penggunaan kulit wajah terasa lembut, lembab, dan segar, seperti kesemua lapisan solekkan, habuk dan minyak berlebihan telah dibersihkan semuanya. Wajah terasa ringan dan segar.





kesegaran ternyata teserlah, nampak tak licin berkilat kulit, tanpa sebarang pelembab tambahan, secara jujurnya ini pilihan terbaik yang aku pilih. Alhamdulilah jerawat yang dulu seakan hilang hari demi hari, dan kulit juga tidak mengalami kecederaan, kesan dari penggunaan setiap hari.

Terima kasih Neutrogena kerana telah memberi peluang kepada aku untuk merasai sendiri keberkesan produk Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub. Ia menyakitkan lagi apabila berjaya menewaskan jerawat dan kulit kusam. "whitehead dan juga blackhead" tidak lagi kelihatan.

Ini pengalaman pertama bersama produk Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub dari Neutrogena dan aku telah jatuh cinta dengan result selepas penggunaan.












You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.