11 May 2017

Crocs day out : Air Terjun Chamang Bukit Tinggi Bentong Pahang.


Air Terjun Chamang terletak di penghujung Jalan Chamang dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Tinggi dalam daerah Bentong, Pahang. Papan tanda menunjukkan jarak dari Jalan Tras yang terletak dalam laluan Lebuhraya Gua Musang menuju ke air terjun ini ialah sekitar 8km.
Ke hilir air terjun terdapat jambatan gantung pejalan kaki yang merentasi sungai untuk ke seberang.

Air Terjun Chamang berada didalam Kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Tinggi di daerah Bentong. Sehingga kini menjadi destinasi tarikan pengunjung #DekatJe dari Kuala Lumpur. Jarak dari Jalan Tras yang terletak dalam laluan Lebuhraya Gua Musang menuju ke air terjun ini ialah sekitar 8km.


Air Terjun Chamang merupakan sebuah pusat rekreasi dengan jumlah pengunjung tertinggi bagi negeri Pahang. Keindahan  air terjun ni tidak dapat dibayangkan hanya dengan menatap gambar keindahannya. Anda wajib datang dan rasai sendiri kesegaran dan kesejukkan air sungai serta warna air kehijauan menjadikan ia kelihatan bergitu menyamankan dan menenangkan. kawasannnya yang luas membolehkan ramai pengunjung berkelah dan mandi-manda serentak tidak kurang yang berkhelah/bermalam. Deruan alunan air menghempas batu-batu sungai, terasa kesegarannya. Air Terjun Chamang dan semua kawasan rekreasi di sini akan ditutup kepada pengunjung ketika musim tengkujuh untuk mengelakkan tragedi kepala air yang berbahaya.


Selamat mencuci mata untuk gambar yang boleh buat anda tak duduk dengan selesa bagi pencinta hutan dan keindahan alam semulajadi.


Alam semula jadi di hilir Air Terjun Chamang


Pandangan sekitar bawah jambatan gantung pejalan kaki di hilir air terjun.


Pandangan dari tebing ke seberang.









Eh Tuan kecik ni kalau dah jumpa air harap maklum, tak reti nak naik lah











Azriel masa ni telah menempel dengan Tuan president n wifenya.. mungkin mommy terlalu garang masa ni sebab semua die nak buat mommy asyik cakap "NO!!"



Review : Kawasan ni sangat sesuai untuk sesi perkhelahan, cuma ia tidaklah terlalu mesra famili, memandangkan pengunjung terpaksa menempuh jambatan gantung dalam 200M untuk mendapatkan kawasan yang sesuai untuk dijadikan kawasan berkhelah. Kalau ada anak kecil, lupakan seketika untuk menggunakan stroller, memang tak sesuai pun. Juga untuk yang gayat dan takut tinggi tidak digalakkan juga. Kerana ketinggian jambatan gantung ada lebih kurang 30M paras bumi. So dah boleh bayang lah, rasa kegayatan tu.




Yang tak bagus adalah, pihak taman rekreasi ada menyediakan tandas awam. Tapi tiada sumber air paip/air bersih disediakan, ia menjadi sukar bila pengunjung ingin menukar baju.




Dari segi kedai makanan dan juga baju (kecemasan) jika pengunjung lupa untuk membawa baju mandi, ada saja kedai kedai yang menjual pakaian mandi. Siap baju kecik lagi.




So untuk aku bagi 3.5 bintang kerana kegagalan pihak perhutanan atau pihak berwajib tidak menyediakan kemudahan yang sewajarnya kepada pengunjung yang hadir. Bila melihat akan tahap kebersihan tandas awam adalah sangat mengecewakan. Harap pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!