12 June 2017

# Azriel's diary

Hero kesayangan jatuh.. kesian anak mommy.




Sakit-sakit juga tapi henpon tu tak penah tinggal tau..

Itulah kata orang tua-tua, kalau tak jatuh, kalau tak luka dan kalau tak berparut, bukan anak jantan. Dah benda nak jadi, dalam duk berjaga pun masih juga nak jatuh. Gara-gara tak nak dengar cakap. Kesian anak kesayangan mommy, pertama kali aku tengok sendiri luka berdarah dia. Tula pertama kali setelah sekian lama tak dengar dia menangis sekuat hati.

Pagi tu azriel cakap excited nak pergi school, sambil nyanyi lagu petikan dalam DiDi & Friends. Wah semangat ni. Aku pun dah lama tak masuk office, kira lagi bertambah semangat. Tapi sekelip mata. budak ceria ni meraung kesakitan sebab jatuh tersembam ke lantai jalan tar hitam tu. Tak sanggup nak bayang sakitnya macam mana. Hari tu mommy amik EL sebab luka Azriel nampak teruk sebab banyak sangat darah keluar.



Tapi tak sampai 10 minit Azriel berhenti menangis dan mula bagitahu aku tanpa henti macam mana dia jatuh, kata dia, batu tu sekat kaki die, Padahal dia berlari tapi masih juga salahkan batu. Mula nak marah sebab, kalau dia tak lari mesti takkan jatuh dan dapat luka seteruk ni. Bila dipikir balik, kalau dia tak pernah alami pengalamn macam ni, dia takkan berlajar dan takkan serik. Untuk ambil hati, aku iakan saja apa yang dia nak ceritakan tentang pengalaman dia. Dalam hati mommy ketawa juga sebab cara kamu demo kamu jatuh. Hmmm anak bujang sorang ni memang.


Kalau tengok real luka kamu nampak sgt teruk, tapi gambar ni nampak biasa je. Masa ni kamu dah mommy bagi ubat demam siap-siap. Risau takut kamu terkejut sebab jatuh dan dapat luka.


Bagi aku Azriel sangat kuat, sebab apa?. Sebab dia sikit pun tak menangis masa aku sapukan ubat kuning dan cuci luka guna Dettol. Betul-betul anak lelaki, yang buatkan mommy bangga. Bila aku tanya kenapa azriel dah tak nangis? dan dia jawab, adik strong lah mommy teacher cakap adik strong, adik good, adik hebat! adik mane boleh nangis! Alahai melting mommy. 

Lepas ni jangan berlari lagi, kalau jatuh dapat luka mommy taknak friend adik lagi ok. Semoga parut tu tak teruk, dan jadikan kamu pengajaran supaya sentiasa dengar cakap mommy dan daddy ya.

Sayang Azriel ketat-ketat.

1 comment:

Pinkygroupsaid

Popular

Total Pageviews