MBUBBLES AND BEANS CAFE aktiviti riadah paling best!!

by - July 05, 2017

Memandangkan kami #themerayakl hari ketiga raya semua orang dah start keje. Memandangkan Azriel gigih sangat nak ikut spupu spapat beraya. Dengan rasmi nya mommy bujang lah kejap. Budak-budak sekarang mana nak ikut gang mak-mak lepak, nak-nak kalau ada abang kakak spupu yang rajin melayan kerenah dia. 



Sebab Ju bosan dan Onie plak ada macam-macam plan dalam kepala yang dia nak buat, terus libatkan aku untuk sertai. Dah raya sakan kami hentam makan rendang ketupat, belum cerita rendang MIL yang meletop pop pop.. perghh sampai bila takda orang boleh lawan her cooked style. So kilogram jangan di tanya, haruslah naik mencanak cucuk langit. Hihi.. So Onie punya plan kita lepak kayuh basikal siap lampu dan lagu. Kat mana? Haruslah terdekat dan dalam kawasan KL. Putrajaya. 

MBUBBLES AND BEANS CAFE (HQ) 

Monday - Thursday 
930 am-6 pm

Friday 
930 am-12 am 

Sat- Sun and Public Holidays 
4 pm-12 am 

Call us for appointment/ enquiry 
​ 
012-6675921 (MiMi -Giant Bubble Putrajaya Manager) 

012-3740284 (Aina- Bubbles and beans Cafe Manager)





Kereta yang kitaorang ambil ni RM20 sempena Hari Raya diorang buat offer kalau tak harga asal RM35 - kira jimat RM15 (yeahh..) semoga dimurahkan rezeki yer..


Sepanjang kitaorang lakukan kayuhan kerah paksa by Onie, sempat lah singgah kat pit-stop untuk menikmati permandangan malam dalam gelap gelita yang diterangi lampu-lampu bangunan masjid besi dan kereta-kereta berhias orang lain. Cuaca sangat-sangat baik cuma sedikit panas. (Malaysia kan, what do you aspect??).. 


Sebenarnya aku sendiri confuse mana satu budak. sebab Si Onie ni mengalahkan Sabrina punya excited lepas naik kereta RM20 tadi, kitaorang repeat sebab nampak gaya Sabrina baru nak panas (familiar) dan intense to drive the basikal sendiri. Kami upgrade naik RM25 si Bus warna warni ni. Kali ni tak bagi muka. Sebab dah familiar dengan laluan plus kitaorang dah expert handle pedal dan break. Bertambah beronok lah kitaorang. Boleh dikatakan kitaorang bawak keta tu sampai lewat malam.. kedai dah nak tutup. Yela si Onie ni semua tempat nak stop dan amik gambar. Layankan lah budak-budak tak puas main kan. 


Dah penat letih dahaga kami lepak Satay Station. Bukan nak calarkan maruah atau tutup pintu rezeki tuan Satay ni. Tapi tolonglah, kedai awak bukan ramai pun, and because of that baru lah kami tahu.. sebab kami pun TERKENA! satay 15cucuk, air teh o panas/ais 5 gelas, sup tulang kosong semangkuk saiz manja-manja kena charge RM70.++. Ape ni? macam nak pergi Haji balik hari plak. Melampau.. sebelum ni aku ada makan kat Selero D'Timur harga tak semahal ni pun. Sabar jela. Cer bawak berbincang balik logik e harga tu. Kesian lah untuk orang lain. Padan lah kedai awak je yang ada 2,3 table orang duduk, kedai lain full house. Hmmm...


Mak dan anak time.. Azriel rugi tau tak ikut mommy..


Mommy pun nak gak meow2 version...


Ok last shot.. sebelum kami nak blah balik.. berpeluh kepenatan, semestinya dah 3kg kalori berjaya dibakar sebab kayuhan dan gelak tak hingat. Thanks Onie untuk plan terapi awet muda ni. Next repeat please sebab nak azriel plak drive ok?!.







You May Also Like

2 Comments

Powered by Blogger.