3 March 2018

# Aktiviti comel OPIS COMEL

Terakhir bersama Cradlelians


Kemarin 28 February 2018 adalah saat paling menyedihkan dalam epsode kerjaya aku. Mana tidaknya itu adalah tarikh terakhir aku berkhidmat di Cradle. Pejam celik dah nak masuk 8 tahun jika aku masih kekal sehingga 1 May.


Banyak kenangan sebenarnya kat Cradle ni. Kalau dah 8 tahun, agak-agak dah boleh buat museum dah koleksi kenagan aku ni. Standard lah ada manis ada pahit, sedih dan gembira, datang pergi adalah normal dan ia adalah tempoh proses dalam kehidupan. Alhamdulillah pada aku keluar dari Cradle bukan dengan tangan yang kosong. Bayangkan lah aku datang dari bidang kejuruteraan yang totally difrent dari apa yang aku buat sekarang. Alhamdulillah otak masih mampu digest apa sahaja yang di ajar.

Bermula sebagai setiausaha kepada CEO dalam tempoh empat tahun, macam tak caya, budak engineering buat admin work yang banyak panca roba nya. Tahu jela budak teknikal macam kami ni, more to hands on punya hal. Nak bertumit tinggi dan nampak alegant jarang sekali. Tapi Alhamdulillah bekas CEO aku ni percaya dan bagi aku peluang explore perkara baru. Terima kasih Tuan CEO.


Bila dah lama sangat dalam division tu, kau mula rasa bosan dan mula mencari sesuatu yang trill dan kalau boleh nak berlajar lebih lagi. Selama menggalas tugas sebagai setiausaha pun, kerap aku join team marketing buat project luar office. Alhamdulilah Eliza Vp Marketing tak penah under estimated aku, yela budak macam aku ni tak pernah buat admin work liase ngan masyarakat, sebelum ni kerja underground je. Sekali kena network dan minggle around dengan industry player yang datang dari pelbagai lapisan industri. Tapi itulah pengalaman yang mana tak dapat kat mana-mana. yang penting ada minat dan sikap ingin tahu. InsyaAllah senior akan sudi ajar. Alhamdulillah aku bermula dengan ini.


Kesayangan hamba samai bila-bila diorang ni.

Lepas tu mula lah kau cuba nasib minta kebenaran dari CEO untuk buat role lain dalam lain division. Alhamdulillah sekali lagi approved. Time tulah aku start masuk team investment. Yela untuk 2 tahun pertama aku buat filing je dengan kerja admin work, Reporting boss aku dulu, kejam sikit. minta aku buat keja macam tah hape hape, filing lah, printing lah, verification third party lah, benda simple, bila aku nak minta potfolio taknak bagi sebab kata dia aku masih perlu belajar dan aku tak reti tentang core in investment. 2 tahun tau buat benda yang sama. tapi adalah jarang kali aku minta boss aku nak tolong buatkan kerja kerja back lock. Yang pending documents macam-macam lah, sampai lah satu hari dalam tahun ke 3 barulah boss bagi aku betul- betul potfolio untuk aku sendiri jaga. Bebal barangkali hotak aku nak digest ajaran dia. lepas 2 tahun baru layak pegang akaun. Hahahaha..

The best team ever in life

Tapi apa yang aku pelajari, sebenarnya nampak kejam cara boss aku tu layan aku. Tapi itulah isi kandungan yang aku dapat hasil sekarang. Macam kau masuk sholin school lah, lepas tu kena bertapa bagai. ibaratnya macam tulah. Dari xtau lansung baca akaun sampai tahu, dari tak tau ape itu disbursement and what purpose of each activity sampai kau bole carried case to table pada board commettee. Tak sangka selama layanan dia pada aku memberi kesan di masa depan. Alhamdulillah nak kata aku bagus takdalh sangat. Kebanyakkan company yang aku jaga, completed dengan jayanya. Yang further funding lagi. yang success trigger jangan cakap lah.



Para analyst juga sangat membantu dan banyak beri tunjuk ajar. bagus tau sebab diorang ni, memang dah lama pakar dalam indutry start up dengan tech business idea. jadi hanya dengan melihat dari projection setiap yang datang pitch pada kita, diorang dah boleh deliberate ape akan jadi pada next stage sesebuah idea. hebat tak? Aku belum sampai tahap tu lagi. Paling aku terhutang budi adalah our ex COO Pn Kasma. Kalau korang nak tahu, dalam ramai ramai C beliau lah banyak sangat courage aku untuk buat sesuatu yang lain, makna kata ,walau tu bukan core kerja atau xda dalam JD pun, aku kena juga buat. Kena tanamkan sikap ingin tahu dan berani mencuba perkara baru. Alhamdulillah sebab dialah aku berani.


Nilah Pn. Kasma

Lagi orang penting aku kena juga mentioned Juliana dan En Azman tak tau lah nak cakap, Juliana ni mualaf tau.. tapi hati dia suci kalah orang yang sedia lahir Islam. Sangat positif dan sangat membantu dalam banyak hal kehidupan aku dan juga kerjaya. Dia memang seorang Ma'am yang tegas dan garang. Tapi dia aku jadikan idola, how she managed to be somebody di Cradle dari mula-mula join Cradle. membesarkan anak kembar sendirian. Kagum aku dengan kekuatan dia. Paling aku suka tentang dia, solat tak pernah tinggal walau pun kami klua beraktiviti luar. Bagus kan.. bab kerja dia paling suka kalau staff die nak belajar perkara baru. paling penting rajin dan punctual lah. En Azman plak, die ni garang, tengok muka dah tahu. suka makan.. kalau buat paper dia tahu aku ni takdalah pandai buat paper, tapi dia tak penah marah, ajaran die dan cara dia betulkan kesalahan kau sangat deep. Takda marah-marah. Penah aku buat paper silap sampai 3x tapi dia betulkan juga. Pesan kena lebih peka. (huhu.. baiknya boss ni). Padahal semua tahu dia memang garang kot. Kerja nak perfect. Apepun terima kasih tunjuk ajar semua takkan saya lupa.











Apepun aku bersyukur sebab ada kawan-kawan yang sangat baik dan menghargai tempoh persahabatn selama kami sebumbung. Terharu tau bila kawan-kawan office buat farewell dan belanja makan, dari pagi, tengah hari dan malam. Kira sebelum keluar Cradle sempat lah aku gain weight 2kg. Hahahah.. Teringin sangat nak tengok aku gemok kan? tengoklah puas puas. Terima kasih yer semua. Jasa korang akan dikenang hingga akhir. InsyaAllah kita bertemu di masa akan datang.















Terima kasih yer korang tak tahu nak kata apa.. apepun harapkita bertemu lagi di masa akan datang doakan yang baik-baik sesama kita. Kenagan selama hampir 8 tahun ni takkan pernah padam dlam ingatan yang banyak memberikan aku pengajaran tentang proses kehidupan. Terima kasih semua. Terima kasih Cradle.

9 comments:

  1. banyaknya gambar bersama tak apa nanti boleh dapat kawan lagi ramai lagi yg satu kepala jugak :)

    ReplyDelete
  2. 8 years is such a long journey, it was great you've made really good friends there, that's something very memorable, all the best for your new journey ahead.

    ReplyDelete
  3. At least a fruitful 8 years journey and you are leaving for better challenge. My side is a different story. The company I work with for 3 years is closing down. My last day will be end of next week. ISad case. I look forward to read your new place journey soon.

    ReplyDelete
  4. 8tahun memang lama.. mestinya ada kenangan pahit manis. Ni bila dikongsikan di blog...,memori ini tak akan padam sama sekali.

    ReplyDelete
  5. wow, such a long year you have been working there. But good luck to you for your journey. Every decision that you make has the reason behind. All the best.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah sis I know u Akan rindu semuanyabi feel you 8 tahun bersama tapi APA pun good luck on your next adventure

    ReplyDelete
  7. Awwww....that feeling when leaving what feels like family already. I am sure they will miss you dearly too...but i know you will do well in your new journey...good luck!

    ReplyDelete
  8. Fuhh 8 tahun di tempat yang sama tu..memang byk pengalaman la kan. Selamat maju jaya untuk perjalanan seterusnya!

    ReplyDelete
  9. Wow!!! so many photos here and it's great to know that you had a good time there during your 8 years with them. I wish you all the best in your next move and future.

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews