Manjakan rambut di rumah bagai di Salon Spa.

by - February 09, 2018




Bawa bodyguard aka Jr Photographer mommy

Rambut adalah mahkota bagi wanita. Melihat sahaja kecantikkan rambut yang dimiliki seseorang wanita, mampu membuat mata yang terpandang akan rasa cemburu. Benarlah kata pakar saintifik dengan melihat rambut karakter seseorang dapat dikenal pasti dengan stuktur dan keadaan rambut si pemilik. Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat sebenarnya tak perlu rawatan di salon yang mahal-mahal, tak perlu berulang-alik untuk temujanji dengan hair stylish pun kita boleh dapatkan rambut yang cantik dan memelihara rambut kita daripada gugur yang teruk kalau kena caranya.Yang pentingnya, produk penjagaan rambut seperti syampu & kondisioner haruslah guna yang terbaik dan bebas daripada bahan kimia yang bahaya yang boleh memudaratkan pertumbuhan rambut baru itu. Sebab bahan kimia tu pun boleh jadi punca kepada masalah rambut jugak.
Minggu lepas, aku telah diberikan peluang merasai sendiri pengalaman bersama dengan produk Hair System dr Watsons. Mesti ramai yang tidak tahu tentang Jenama Hair System ini kan? Hair System telah dicipta bagi membantu serta merawat masalah rambut kursusnya. Dengan teknologi paling maju yang menyediakan bahan-bahan semula jadi dalam penghasilan terbukti berkesan merawat masalah rambut yang paling biasa berkesan meningkatkan rambut anda dalam satu cara cepat dan mudah.

Macam rambut aku sendiri disebabkan kerap mewarnakan rambut, menjadikan stuktur rambut sangat kering dan mudah kusut walau berambut pendek (yer potong rambut terus sebab rambut kering dan kusut sukar di urus). Semasa sesi memanjakan rambut bersama hairstyle bermula dari penggunaan syampoo Damage Repair RM27.90 (warna Pink) terasa sangat seronok, lebih lebih lagi melalui urutan dan buih buih halus dari produk Hair System ni terasa nyaman dan lega. Setelah dibilas seterusnya hair style telah menyapu kondisioner rambut Damage repair.
Sebenarnya dari pengalaman aku sendiri , hanya menggunakan syampoo sahaja, terasa perbezaannya. Rambut mula jadi lembut dan licin serta mudah di urus. Sebelum ni, rambut aku sangat sukar untuk di uruskan ketika dalam keadaan basah. Kerana rambut mula jadi kesat dan kusut. Tentu saja lah banyak rambut putus dan melekat pada sikat. Tapi dengan Hair System produk kesannya sangat bagus. Masa sesi mengeringkan rambut, wah terasa amat ringan. Betullah kualiti produk Hair System ni memang setaraf Jenama Salon terulung.Dengan harga RM27.90 untuk kandungan 500ml dan boleh didapati di Watsons outlet berdekatan. Tidakkah korang rasa ia pelaburan yang sangat berbaloi. Kualiti standard seperti di Salon dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan rambut sihat serta cantik. (90% rambut dapat dipulihkan hanya dengan 1X basuhan) bagus kan?. Sebelum terlupa jangan sesekali lupa untuk sapu Ultimate Hair Oil . Ada 8 bahan natural terkandung di dalamnya iaitu tsubaki oil, zaitun, argan,macadamia,avocado,marula,bunga matahari, dan juga minyak kelapa. Nampak tak semua bahan tersenarai adalah bahan terbaik untuk pemulihan rambut yang rosak akibat penggunaan bahan kimia berlebihan pada rambut juga kulit kepala. Harga juga mesti korang akan terkejut RM28.90 untuk 70ml. Banyak tu. Hanya tuangkan setitik sahaja untuk paras rambut pendek macam aku. Rasa boleh tahan sampai pertengahan tahun.



Ok nak perasan cantik kejap dengan rambut lembut ringan seperti mendapat rawatan spa yang mahal. Komen aku sendiri tentang produk Hair System dari Watsons ni adalah sangat bagus dan kualiti Salon terbaik pernah aku rasa. Good Job Watsons!! Great and valuable product Hair System!! Bravo!


You May Also Like

4 Comments

Powered by Blogger.